Pengikut

AGUS SALIM VS UMNO

UCAPAN ANWAR DI TUARAN 29/7/2012

JALAN RAYA DI SABAH

INI KALILAH !!

KALAU BUKAN KITA SIAPA ? KALAU BUKAN SEKARANG BILA ?

Video tembak-menembak di Lahad Datu

Isnin, 7 Februari 2011

Rasuah: Ketua Umno Pandan pitam ketika tuduhan dibicarakan

February 07, 2011
KUALA LUMPUR, 7 Feb – Ketua Umno Pandan Abdul Ghani Ismail yang dihadapkan di Mahkamah Sesyen hari ini terhadap lapan pertuduhan  pindaan menerima rasuah daripada seorang kontraktor, pitam di kandang tertuduh secara tiba-tiba ketika pertuduhan dibacakan.
Kejadian yang berlaku ketika pertuduhan dibacakan tidak sampai lima minit oleh jurubahasa di hadapan Hakim Rozilah Salleh, mengejutkan kesemua pihak termasuk anggota keluarga tertuduh dan para wartawan yang berada di galeri awam apabila kepalanya terhantuk pada kandang itu.
Isteri tertuduh yang turut hadir bergegas mendapatkan dan menenangkan suaminya yang mulai sedar. Difahamkan kejadian itu berlaku disebabkan Abd Ghani tidak mengalas perutnya kerana berpuasa hari ini.
Prosiding bersambung setengah jam kemudian selepas Abd Ghani memberitahu  mahkamah bahawa dia masih mampu meneruskannya.
Abd Ghani, yang diwakili peguam bela M. Athimulan kelihatan pucat dan tidak bermaya itu, masih tenang memberikan pengakuan tidak bersalahnya terhadap kesemua pertuduhan pindaan.
Terdahulu, mahkamah membenarkan pihak pendakwaan yang diwakili Timbalan Pendakwa Raya Roziza Sidek untuk meminda lapan daripada sembilan pertuduhan iaitu daripada memperoleh kepada menerima rasuah melibatkan RM169,323 yang dikenakan terhadap tertuduh.
Bagi lapan pertuduhan itu, Abd Ghani, 43, yang ketika kejadian seorang Ahli Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) merangkap Ahli Jawatankuasa Tender MPAJ, didakwa menerima rasuah itu daripada Abdul Rahman Yaacob.
Ia sebagai balasan menolong Abdul Rahman mendapatkan Tender Zon SP 23 iaitu kerja perkhidmatan kutipan sisa pepejal di Taman Lembah Maju dan Taman Kencana serta Tender Zon PB 16 iaitu kerja pembersihan kawasan di Pandan Cahaya daripada MPAJ.
Dia didakwa menerima antara RM10,189 hingga RM24,189 di Restoran Islah Tomyam, Jalan 5/76B, Desa Pandan di sini dan di hadapan Blok E 15, Jalan 4/76B, Desa Pandan di sini, antara 4 Ogos 2006 hingga 31 Mac 2007.
Bagi kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 10 (a)(aa) Akta Pencegahan Rasuah 1997, yang boleh dihukum di bawah Seksyen 16 Akta yang sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan didenda tidak kurang daripada lima kali ganda nilai suapan yang menjadi hal kesalahan jika suapan itu dinilai atau berbentuk wang atau RM10,000, mengikut mana-mana yang lebih tinggi.
Pertuduhan pertama iaitu bagi kesalahan memperoleh secara rasuah daripada kontraktor yang sama, bagaimanapun kekal seperti pertuduhan asal mengikut Seksyen 11(a) akta yang sama.
Mahkamah menetapkan Rabu ini untuk sebutan semula bagi pihak pembelaan memaklumkan kepada mahkamah sekiranya perlu untuk memanggil semula mana-mana saksi pendakwaan. – Bernama

Tiada ulasan:

Catat Ulasan