Pengikut

AGUS SALIM VS UMNO

UCAPAN ANWAR DI TUARAN 29/7/2012

JALAN RAYA DI SABAH

INI KALILAH !!

KALAU BUKAN KITA SIAPA ? KALAU BUKAN SEKARANG BILA ?

Video tembak-menembak di Lahad Datu

Ahad, 27 Februari 2011

AMARAN HASANNUDDIN SALIM KEPADA MB PAHANG DAN NAJIB

Bagi calon PAS Kerdau Hassanuddin Salim, amat penting bagi beliau berjaya dalam percubaan kali keduanya merampas kerusi itu kerana ia akan memberikan isyarat, kesan dan makna yang mendalam terhadap perjalanan politik di Pahang.

Katanya, kemenangan mereka di kerusi majoriti Melayu itu boleh memberi kesan langsung kepada kedudukan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Menteri Besar Datuk Seri Adnan Yaakob.

"(Kalau) Kerdau ini (BN) kalah, Najib, get ready (bersedialah) untuk keluar daripada pejabatnya. Adnan Yaakob sekali," katanya ketika ditanya tentang kepentingan kerusi yang dianggap sebagai kubu kuat BN itu.

najib visit kerdau 270211 03Ketika diwawancara Malaysiakini kelmarin - sehari sebelum penamaan calon - Hassanuddin menjelaskan perkara itu dijangkakan kerana berdasarkan peratus undi popular dalam pilihan raya umum lalu, kira-kira 19 daripada 42 kerusi di Pahang lebih berpotensi daripada Kerdau.

Pada 2008, PAS mendapat undi popular sebanyak 37 peratus di DUN itu.

"(Jadi) kalau (yang) 37 peratus ini jatuh (kepada PAS), kita akan memang majoriti di Pahang," katanya sambil memberitahu bahawa Kerdau dikelaskan sebagai kawasan "peringkat dua" yang mempunyai peratus sokongan antara 35 hingga 50 peratus.

Sambil mengakui tiada angka tepat buat masa itu, Hassanuddin berkata, kemenangannya di Kerdau akan membuka peluang Pakatan Rakyat mendapat 24 kerusi yang akan membolehkan mereka mendapat majoriti mudah dalam DUN Pahang.

"Ia penanda aras. Ini kepentingan Kerdau ini, ini signifikan Kerdau...," katanya bekas kontraktor untuk projek pembinaan berskala besar itu.

Aliran 'bukan agama'

Pakatan kini mempunyai empat kerusi dalam DUN Pahang. Dua daripadanya milik PAS dan dua lagi DAP. Satu kerusi dimenangi calon bebas.

Dalam pilihan raya kecil DUN Kerdau kali ini, Hassanuddin menggalas tugas berat bagi menentang calon BN Syed Ibrahim Syed Ahmad yang merupakan lulusan Universiti Al-Azhar dan bekerja sebagai penasihat agama kepada menteri besar Pahang.

NONEBagaimanapun, bagi Hassanudin - yang mengaku bersekolah dalam "aliran bukan agama" (aliran kebangsaan) dan bukan aliran agama seperti BN Syed Ibrahim - perkara itu bukanlah satu halangan kerana itu merupakan perkara konsepsual semata-mata.

Dalam wawancara kira-kira 40 minit itu juga, Hassanuddin turut mengimbau kembali kenangannya mengenali Syed Azman sejak daripada zaman persekolahan lagi yang tinggal di kampung bersebelahan dengannya.

"Umur kami pun hampir sebaya. Dia sekolah agama, saya aliran yang 'tidak agama', aliran kebangsaan. Sekolah kami kebetulan berjiran. Daripada keluarga juga hampir sama, keluarga kampung yang biasa.

"Pergi sekolah masing-masing naik bas, Cuma dia dari Kuala Krau, saya Sangga. Ada kawan dia yang juga kawan saya," kata Hassanuddin yang kelihatan selesa menceritakan semula pengalaman lebih 30 tahun lalu.

Faktor 3+1

Bagaimanapun, bagi Hassanuddin, antara beliau dan Syed Azman beliau lebih banyak meluangkan masa di Kerdau ekoran Syed Azman berkhidmat dengan menteri besar di Kuantan.

Hassanudin juga mendedahkan tentang karektor uniknya - yang membentuk kefahaman politiknya - yang mana beliau merupakan anak seorang aktivis Parti Sosialis Rakyat Malaysia manakala ibunya pula anggota Umno.

NONEDi peringkat pengajian tinggi pula, beliau pernah terlibat dalam NGO Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) di bawah pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang masih pemimpin Umno pada masa itu.

Ditanya tentang situasi di tiga gugusan Felda dan sebuah Felcra di Kerdau atau lebih dikenali sebagai "faktor 3+1", Hassanuddin mengakui menggalas tugas besar.

"Kekalahan kita dengan (majoriti) 1,600 undi. Tetapi 1,300 datangnya daripada Felda," kata lulusan diploma daripada Universiti Teknologi Mara (UiTM) dalam bidang ukur tanah itu.

Dalam pilihan raya umum lalu, beliau hanya mendapat sokongan 26.5 peratus pengundi daripada Felda Jengka 22, Felda Jengka 23, Felda Jengka 25 dan Felcra Rumpun Makmur yang mempunyai pengundi berjumlah 3,721 orang.

Jumlah besar pengundi Felda itu mewakili hampir separuh daripada 8,999 pengundi yang layak di DUN itu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan