SHAH ALAM, 5 Feb: Kerajaan Negeri Selangor tetap mengambil berat semua kepentingan seluruh pelajar negeri itu yang sedang berada di bumi Mesir, tegas Exco Agama Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamad Ali.
"Setakat ini, yang saya tahu, hanya Kelantan, Kedah dan Selangor sahaja yang membuka bilik operasi seperti ini, negeri lain belum dengar berita lagi," jelasnya.
Menurutnya, dalam hal membantu dan menjaga kebajikan rakyat, Kerajaan Negeri mengutamakan semua pelajar dan sama sekali tidak menilai mengikut kategori pelajar itu sama ada tajaan kerajaan atau swasta.
Dr Hasan berkata demikian ketika menjawab persoalan mengenai kegelisahan ibu bapa yang hadir dalam Dialog Isu Pelajar Selangor di Mesir yang diadakan malam tadi di Masjid Negeri, dekat sini.
Solat hajat diadakan dua kali selepas Solat Maghrib dan selepas Solat Isyak untuk memohon ke Hadrat Allah SWT agar memberikan Rahmat-Nya dengan menguat dan menyelamatkan bakal-bakal ulamak yang pulang nanti akan berjuang menegakkan islam di negara ini.
Setelah solat hajat pertama, semua hadirin mendengar kupasan sirah dan huraian sejarah khusus tentang pembukaan dan perjuangan rakyat Negara Mesir dari dahulu dan iktibarnya untuk masa kini.
Kuliah tersebut disampaikan oleh Pensyarah Kanan Fakulti Syariah dan Undang-undang, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri.
Turut berucap dalam dialog adalah Penasihat Sekretariat Bilik Gerakan Operasi Pelajar Selangor di Mesir, Ustaz Farizan Subhi dan Timbalan Presiden Ikatan Lepasan Mahasiswa Mesir (ILMAM) Malaysia, Ustaz Farhan Mazlan dengan Ustazah Fitri Nur Ain Nordin sebagai moderator.
Dalam majlis itu, pihak sekretariat memberi jaminan akan menguruskan isu ini sebaik mungkin dengan memberikan maklumat terperinci kepada semua waris yang memerlukan termasuk bila dan nombor penerbangan anak-anak mereka.
Untuk ibu bapa, terdapat dua kaedah aduan iaitu dengan menghubungi nombor hotline berikut: 03-5514 3520, 03-5514 3534, 03-5514 3538, 03-5514 3539 atau 03-5514 3576, mereka juga boleh melayari laman http://ilmam-prihatin.blogspot.com
Kaedah kedua, mereka boleh datang terus bertemu pegawai bertugas 24 jam di Bilik Gerakan Operasi Pelajar Selangor di Mesir yang terletak di Bangunan JAIS, dekat sini dengan menyatakan butir peribadi termasuk nombor pelajar di Mesir dan universiti berkaitan.
Menurut Ustaz Farihan, kebanyakan maklumat tentang keselamatan 1,285 pelajar Selangor di sana sudah berada dalam kumpulan data mereka dan mempunyai hubungan rapat dan segera dengan Wisma Putra, kedutaan dan PMRAM.
Malam tadi, sebelum dan sebaik tamat majlis, ibu bapa dan waris pelajar terus mendapatkan status anak-anak mereka yang disediakan oleh pihak sekretariat dan kebanyakan mereka berasa lega dengan tindakan segera kerjasama pihak Kerajaan Negeri.
Sementara itu dalam ucapannya, Dr Hasan menyanjung tinggi usaha dan kesanggupan sekretariat bertungkus lumus menyumbangkan tenaga 24 jam sejak beberapa hari lalu bagi mengatasi kegelisahan perasaan semua pihak terbabit. Harakah

Alhamdullilah.. semoga negeri2 lain
BalasPadamjuga turut membantu..