Tun Dr Mahathir Mohamad berkata revolusi dan pergolakan di beberapa negara Arab menunjukkan rakyat mahukan perubahan kerajaan atau pemimpin kerana mereka tidak gembira dengan pemerintahan autoritarian.
Bekas perdana menteri itu berkata revolusi telah berjaya di Tunisia dan sekarang dunia sedang menyaksikan pergolakan di Mesir.
Sekiranya revolusi ini berjaya, katanya akan terbentuklah kerajaan baru, dan memberi peringatan bahawa tidak semua perubahan itu akan membawa kepada kebaikan.
Sehubungan itu, beliau menegaskan adalah menjadi kewajipan bagi mereka yang mahukan perubahan mempunyai idea tentang jenis pemerintahan yang mereka inginkan atau sebaliknya mereka mungkin mendapat bentuk kepimpinan kerajaan yang sama seperti yang cuba disingkirkan.
"Ini kerana kebanyakan pemimpin sebaik mendapat kuasa akan berubah dan akan mudah lupa tentang segala kesusahan dan pengorbanan yang membolehkan mereka berkuasa.
"Kuasa akan membawa kepada rasuah, seperti yang kita ketahui," katanya dalam entri
terbaru dalam blognya chedet.co.cc yang bertajuk 'Kesan Domino'.
Dr Mahathir berkata walau apa pun, kerajaan baru tidak harus membelakangkan rakyat yang telah bangkit menentang kerajaan terdahulu.
"Mereka (rakyat) berbuat demikian kerana mereka mahukan kerajaan baru yang lebih baik yang akan mengambil berat tentang rakyat. Saya diberitahu kadar pengangguran yang tinggi adalah antara faktor utama.
"Masalah ini harus diberi keutamaan atau nasib yang sama akan dihadapi kerajaan baru. Ia memerlukan pengurusan ekonomi lebih baik terutama menawarkan lebih banyak peluang pekerjaan," kata beliau.
Beliau berkata bahawa seseorang pemimpin demokratik boleh ditukar hanya melalui pungutan suara, tetapi pada masa yang sama, sistem itu boleh disalahgunakan.
"Sama ada pemimpin yang dipilih itu mengekalkan jawatannya atau berlaku beberapa siri kerajaan yang tidak dapat berfungsi kerana rakyat menolak dengan undian mereka. Ini akan mewujudkan keadaan yang tidak stabil. Negara itu tidak akan berjaya," katanya.
Untuk mengelakkan perkara ini, Dr Mahathir berpandangan pengundi mesti tidak membenarkan mereka untuk dimanipulasi iaitu mereka harus menjalankan tanggungjawab mereka selaku pengundi yang bijaksana.
"Tetapi ini adalah sesuatu yang baru bagi mereka dan mereka mungkin tidak mahir untuk melaksanakan kuasa sebagai pemilih," katanya.
Beliau berkata rasuah di peringkat pentadbiran mesti dikurangkan dan untuk merealisasikannya, langkah drastik harus dilakukan.
"Untuk itu, apa yang paling penting untuk pentadbiran kerajaan baru terutama pemimpinnya, tetapi yang dipilih, harus menunjukkan mereka bebas rasuah," tambah beliau lagi.
Dr Mahathir juga melahirkan perasaan sedih iaitu tidak ada sebuah negara Islampun di dunia ini yang dikategorikan sebagai negara maju.
"Ia disebabkan kerajaan yang tidak cekap. Kita melihat sedikit harapan dalam kemajuan yang dilakukan oleh Turki. Tetapi Turki juga masih jauh untuk mencapai status negara maju," katanya.

- Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan