9am: Calon PAS di Kerdau, Hassanuddin Salim masuk ke pusat penamaan calon, diikuti calon BN, Syed Ibrahim Syed Ahmad empat minit kemudian.
8.44am Kerdau - Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Menteri Besar Pahang, Datuk Adnan Yaakob tiba di Stadium Temerloh, yang terletak kira-kira 500 meter dari pusat penamaan calon.
8.40am Merlimau: Ahli Persatuan Ketua Kampung Melaka turut menyertai penyokong BN. Mereka berpakaian Melayu bersampin. 8.39am Kerdau Penyokong BN berkumpul di Stadium Termeloh.
8.38am Merlimau: Pemimpin BN, termasuk Datuk Wee Ka Siong, Datuk Shaziman Abu Mansor, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Tan Sri Koh Tsu Koon, Datuk G Palineval.
Doa dibaca sebelum mereka berarak ke pusat penamaan calon.
Doa dibaca sebelum mereka berarak ke pusat penamaan calon.
8.30am Kerdau: kira-kira 2,000 penyokong PAS serta calon PAS, Hassanuddin Salim tiba ke Dewan Tun Razak. Mereka disekat kawat berduri, kira-kira 40 meter dari tempat itu. Selain selawat, mereka laung hidup Islam, hancur regim. Calon, presiden, Tuan Ibrahim Tuan Man dan naib presiden PKR Fuziah Salleh masuk ke dalam kawasan perkarangan dewan.
8.24am Merlimau: Penyokong MIC dan MCA tiba. Ahli parlimen Jasin, Datuk Ahmad Hamzah sedang mengendalikan penyokong.
Penyokong Kimma pula melaungkan 'Hidup Kimma'.
8.10am Kerdau: Calon PAS bagi DUN Kerdau baru sampai. Bacaan doa selamat bersama 1,000 penyokong. Datuk Seri Abdul Haji dan naib presiden Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man juga ada.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan